Rabu, 9 September 2009

aKu buDak baiK(^_^)
Pada pagi itu,seperti mana pagi2 yang lain,aku menyambut kedatangan seorang tetamu tetapku.
" Assalamualaikum" ,seru Subuh.
" Wa'alaikumsalam" ,sahutku. 
 

Dan kami terus berpelukan,tanda rindu serta kasih sayang.Ku tanya khabar subuh,bagaimana keadaannya mengembara dari satu tempat ke satu tempat.

" Tadi...",kata Subuh dengan sayu,...aku baru saja melintasi satu tempat.Ku cari tempat persinggahan, ku ketuk rumah2 yang sunyi, tapi satu pun yang tiada mahu menerimaku sebagai tetamu."Dan airmata Subuh pun berlinangan.

"Subuh,usah kau pedulikan mereka,bukankah aku menyambutmu dengan penuh rasa kegembiraan? " Subuh mengangkat mukanya seolah2 teringat sesuatu.

"Oh ya, tadi aku lalu di suatu tempat yang tanahnya disebalik sungai. Orang2nya sepertimu, menyambut ku dengan penuh kesukaan, menjamuku dengan pelbagai hidangan yang lazat serta mengiurkan. Hidangan yang paling aku suka adalah buah Tahajjud, puas kucari di bumi lain,tapi jarang kujumpa. Di situ aku meratah buah Tahajjud dengan puas dengan leka". Dan Subuh merenung mataku mengharapkan sesuatu. Aku fahami maksud Subuh.

"Maaf Subuh, aku tiada menanam pohon Al-Lail, jadi aku tidak dapat menghidangkanmu dengan buah yang kau sukai. Tapi aku ada roti Shiyam", cadangku pada Subuh. Subuh menolak dengan hormat. "Roti itu ada tuan punya", kata Subuh.

"Adakah kau mahu manisan Zikir?" rayuku pada Subuh. "Baiklah, ambilkan aku sedikit, serta bawakan aku segelas Air Mata Tangisan", pinta Subuh. Aku agak sugul,bagaimana harusku beritahu pada Subuh, yang Mata Air Tangisan sudah hampir kering akibat kemarau Maksiat yang Berpanjangan?

Aku terkejut. Perigi tersebut hampir separuh penuhnya. Dan aku berdetik di dalam hati, adakah ini tanda kemarau akan berakhir? Tanpa berlengah lagi kubawa Air tersebut pada Subuh, tetamu yang ku sanjungi, dan ku suakan manisan yang dipintanya. Selesai menjamah kesemuanya, Subuh pun melirikkan sebuah senyuman.

"Subuh...",seruku, "...mahukah kau tinggal selamanya denganku? Aku memerlukan teman dalam kesunyian. Akan ku layan kau dengan sebaiknya,wahai subuh".


Subuh tersenyum lagi menandakan permintaanku tidak akan terpenuhi." Aku perlu menziarahi ramai orang, dan ramai lagi yang memerlukan kehadiranku untuk mengubati rindu mereka, sepertimana aku menguliti mimpimu".

Dan aku akur dengan penjelasan Subuh."Subuh" ,...seruku lagi bila melihat Subuh bersiap untuk pergi,

"Sudikah kau menziarahiku lagi esok hari?".

"InsyaAllah" ,jawab Subuh,"...bukankah aku kekasih yang kau rindui?". Subuh berangkat dengan lambat tetapi tetap mahu pergi.

"Assalamulaikum" ,seru Subuh.
" Wa'alaikumsalam" ,jawabku kembali.

Dan mataku terus meniti langkah Subuh, yang semakin laju dengan setiap langkah.Dan akhirnya Subuh menghilang dari pandang ku. Aku merinduinya lagi.

6 Comments:

  1. hakiminwizan said...
    alamak..
    syahdunya cerita subuh ni..
    insaf aku..
    sampai nak menitis air mata dibuatnya..
    zan-xray said...
    walaupun subuh sangat mendamaikan tetapi jarang orang setia menanti kehadirannya kan.
    lena di ulit mimpi kosong dan membiarkan dia berlalu .
    fazrin2211 said...
    adeh, silau nye tulisan
    Webmaster@Echam said...
    Sangat menginsafkan....
    arque said...
    best2.insaf mata hati membacenye.
    btw,kalau kau jumpa 'subuh' lagi.
    suruh die selalu singgah tempat aku lebih2 lagi setelah ramadhan berlalu.
    suruh die bawak rotan sekali eh.
    aku macam agak susah bangun subuh.huhuhu.
    Faarihin said...
    salam.. sangat2 tersentuh pasal subuh ni.. smoga sy juga dpt menemui subuh ini.. (^__^)

Post a Comment